Satu sesi perbincangan di antara PERNISMA dengan Tn. Hj. Mohd Adibi bin Ambak, Pengurus Besar Kanan (Perolehan & Pengurusan Vendor) telah diadakan pada 29 Januari 2016 di pejabat beliau di Wisma TNB Jalan Timur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Wakil PERNISMA yang hadir adalah Hj. Mohd Daud bin Mohd Sharif (Presiden PERNISMA), En. Hamidi bin Mohamed (AJK PERNES), En. Ismail bin Mohamed Isa (AJK PERNES), En Tajudin bin Supian (AJK PERNES) dan En. Badly Shah bin Mustapa (wakil RNS SAVR).

Pada perjumpaan kali ini PERNISMA mengemukakan beberapa isu yang dihadapi oleh RNS kepada Tn. Hj. Mohd Adibi untuk dibincangkan bersama seperti isu kadar harga SJHT bagi skop kerja lampu jalan dan sesalur atas voltan rendah, Kursus Pengurusan Trafik dan Penurapan Semula Jalan, program V3 dan lain-lain perkara berbangkit.

 

Pautan Facebook