Satu sesi perbincangan di antara PERNISMA dengan En Safwan bin Atan, Pengurus Besar Perolehan & Pengurusan Vendor telah diadakan pada 1 Disember 2015 di Wisma TNB Jalan Lahat, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Wakil PERNISMA yang hadir adalah Hj. Mohd Daud bin Mohd Sharif (Presiden PERNISMA), En. Iswan bin Ismon (Pengerusi Persatuan RNS Perak), En Mohd Sobri bin Solimon (Pengerusi Persatuan RNS Putrajaya Cyberjaya), En. Rosli bin Kasim (AJK PERNES) dan En. Zahari bin Ghazali (AJK PERNES).

Pada perjumpaan kali ini PERNISMA mengemukakan beberapa persoalan daripada RNS mengenai program V3 yang telah dilaksanakan di negeri Kedah di mana terdapat beberapa syarat dan peraturan mengenai V3 yang masih kurang jelas di kalangan RNS. En. Safwan bin Atan memberi maklum balas bahawa penjelasan akan diberikan kepada mereka untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai program V3 ini lebih-lebih lagi kepada RNS yang telah menerima kesan secara lansung daripada program V3 ini.

Pautan Facebook