Tarikh: 24 November 2015 (Selasa)

Tempat: Bilik Mesyuarat, Perbadanan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERNISMA Kali Ketiga bagi tahun 2015 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Perbadanan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 24 November 2015. Seramai 32 orang ahli jawatankuasa (AJK) PERNISMA telah menghadiri mesyuarat pada kali ini di mana ia meliputi AJK daripada seluruh Semenanjung Malaysia.

Di antara isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini adalah mengenai olahan bagi program Versi 3, Mesyuarat Agung Tahunan PERNISMA Kali Pertama dan masalah-masalah serta isu-isu berbangkit di kalangan ahli-ahli. Wakil-wakil daripada setiap negeri memberi komitmen yang tinggi dan membawa isu-isu berbangkit daripada negeri masing-masing untuk dibincangkan dan mencari penyelasaian bersama.

Di dalam sesi mesyuarat pada kali ini juga, Presiden PERNISMA mewakili ahli-ahli PERNISMA lain telah memberi sumbangan kepada wakil Persatuan Rakan Niaga Strategik Kelantan untuk diserahkan kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam kemalangan semasa melakukan kerja-kerja kecemasan banjir di Kelantan.

 

 

Pautan Facebook