Tarikh: 23 November 2015 (Isnin)

Tempat: Bilik Berlian, Tingkat 32, Menara Dato' Onn, Ibu Pejabat CIDB, PWTC

Satu sesi perbincangan di antara PERNISMA dan Bahagian Kontraktor & Levi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah diadakan pada 23 November 2015. Di antara wakil CIDB yang hadir adalah Sr. Ida Zuraida binti Mohd Yusof, Pengurus Besar, Bahagian Kontraktor & Levi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Wakil daripada PERNISMA pula adalah Hj. Mohd Daud bin Mohd Sharif (Presiden PERNISMA), En. Iswan bin Ismon (Ahli Jawatankuasa PERNISMA), En. Hamidi bin Mohamed (Ahli Jawatankuasa PERNES) dan En. Rosli bin Kasim (Ahli Jawatankuasa PERNES).

Di antara isu yang dibincangkan di dalam sesi perbincangan ini adalah kelonggaran syarat untuk kenaikan gred kontraktor dan isu pertukaran jenis syarikat daripada Enterprise kepada Sdn. Bhd. yang melibatkan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.

 

 

Pautan Facebook