Tarikh: 13 November 2015 (Jumaat)

Tempat: Bilik Mesyuarat Naib Presiden (Pembahagian), Tingkat 20, Wisma TNB, Jalan Timur

Satu sesi perbincangan di antara PERNISMA dan Naib Presiden (Pembahagian) TNB, YBhg. Datuk Ir. Baharin bin Din telah diadakan pada 13 November 2015 di Bilik Mesyuarat Naib Presiden (Pembahagian), Wisma TNB, Jalan Timur. Di antara isu yang dibincangkan di dalam sesi perbincangan ini adalah mengenai Pelan Migrasi Versi 3, Rakan Niaga Strategik (RNS) dan isu-isu berbangkit di antara PERNISMA dan TNB.

Selain itu, PERNISMA juga telah memaparkan tayangan video PERNISMA yang memberi gambaran lebih jelas mengenai PERNISMA dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PERNISMA yang membawa ke arah Domestic Dominance Regional Champion (DRRC) dan Distribution Focus Area (DFA). PERNISMA juga membentangkan beberapa aktiviti yang telah dirancang yang menitikberatkan amalan keselamatan di kalangan RNS. Selain itu, PERNISMA juga telah merangka beberapa aktiviti yang melibatkan latihan teknikal di kalangan RNS agar RNS dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada TNB dan seterusnya membawa kebaikan kepada TNB.

 

Wakil PERNISMA yang hadir adalah Hj Mohd Daud bin Mohd Sharif (Presiden PERNISMA), En. Azman bin Hj. Abdullah (Timbalan Presiden PERNISMA), En. Rahmat bin Daim (Timbalan Setiausaha PERNISMA), En. Abdul Wahab bin Abd Samad (Ahli Jawatankuasa PERNISMA) dan En. Ismail bin Mohamed Isa (Ahli Jawatankuasa PERNISMA)

 

Gambar atas: Sesi perbincangan sedang berlansung

Gambar bawah: Sesi tayangan video PERNISMA sedang berlansung

 

 

 

Pautan Facebook