Tarikh: 4 September 2015 (Jumaat)

Tempat: EPE Switchgear (M) Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Permata 2, Arab Malaysian Industrial Park, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Satu lawatan ke EPE Switchgear (M) Sdn Bhd telah dilakukan pada 4 September 2015 bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik di antara PERNISMA dan EPE Switchgear (M) Sdn Bhd.

PERNISMA diwakili oleh Presiden PERNISMA, Hj. Mohd Daud bin Mohd Sharif dan empat orang wakil Rakan Niaga Strategik (RNS) iaitu Dato' Mohamad Hanim bin Hashim (Kejuruteraan Lagenda Jaya), En. Ismail bin Mohamed Isa (Kenanga Antara Sdn Bhd), En. Izamudin bin Zaman Huri (Kipton Engineering Sdn Bhd) dan En. Ab Wahab bin Ab Kadir (Tenaga Lite Sdn Bhd).

Kunjungan PERNISMA disambut baik oleh EPE Switchgear (M) Sdn Bhd di mana PERNISMA diberi penerangan mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh mereka. Hasil daripada lawatan ini juga, persetujuan untuk menganjurkan Kursus Pemasangan Switchgear telah dicapai.

 

Pautan Facebook