Tarikh: 21 Ogos 2015 (Jumaat) - Sesi Petang

Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 20, Wisma TNB, Jalan Timur, Petaling Jaya

Satu perjumpaan di antara Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (PERNISMA) dengan Bahagian Kewangan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS telah diadakan di Wisma TNB, Jalan Timur pada 21 Ogos 2015 (sesi petang) yang lalu.   PERNISMA diwakili oleh 30 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang datang daripada seluruh Semenanjung Malaysia.

Di antara isu yang dibincangkan bersama Bahagian Kewangan di dalam sesi perjumpaan ini adalah mengenai isu pembayaran kepada Rakan Niaga Strategik (RNS). Pihak ILSAS pula memberi penjelasan lanjut mengenai kursus-kursus yang sedang dan akan dijalankan.

 

Di antara wakil daripada Bahagian Kewangan, TNB dan ILSAS yang hadir di dalam sesi perjumpaan ini

Pautan Facebook