Tarikh: 21 Ogos 2015 (Jumaat)

Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 20, Wisma TNB, Jalan Timur, Petaling Jaya

Satu perjumpaan di antara Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (PERNISMA) dengan Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diadakan di Wisma TNB, Jalan Timur pada 21 Ogos 2015 yang lalu. Wakil Bahagian Pembahagian TNB yang hadir adalah Datuk Ir. Mustafa Din (Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah I), Bahagian Pembahagian TNB), En. Safwan Atan (Pengurus Besar Perolehan dan Pengurusan Vendor, Bahagian Pembahagian TNB) dan Haji Mahsan Daud (Pengurus Kanan, Unit Penyumberluaran, Jabatan Perolehan dan Pengurusan Vendor, Bahagian Pembahagian TNB). PERNISMA diwakili oleh 30 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang datang daripada seluruh Semenanjung Malaysia. Di antara isu yang dibincang di dalam sesi perjumpaan ini adalah mengenai Program Versi 3 (V3).

Sesi taklimat di antara AJK PERNISMA diadakan terlebih dahulu sebelum sesi perjumpaan dengan Bahagian Pembahagian TNB dimulakan

 

Sesi perbincangan sedang berlangsung

 

Wakil daripada Bahagian Pembahagian TNB

Dari atas: Datuk Ir. Mustafa Din, En. Safwan Atan, Hj. Mahsan Daud

 

Di antara AJK PERNISMA yang hadir ke sesi perbincangan di antara PERNISMA dengan Bahagian Pembahagian TNB

Pautan Facebook