Tarikh: 6 Ogos 2015 (Khamis)

Tempat: Hotel Pelangi, Muar, Johor

 

Satu program Pemantapan Integriti Tenaga Nasional Berhad Untuk Rakan Niaga Strategik melalui kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA - Malaysian Anti Corruption Academy), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (PERNISMA) telah diadakan pada 6 Ogos 2015 (Khamis) di Hotel Pelangi, Muar, Johor. Program kali ini diadakan khusus untuk semua Rakan Niaga Strategik (RNS) Zon Selatan iaitu RNS Negeri Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

 

Presiden PERNISMA, Hj. Mohd Daud bin Mohd Sharif turut hadir dan menyampaikan ucapan alu-aluan di dalam majlis tersebut.

 

Penceramah daripada Institut Integriti Malaysia telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai pemantapan integriti kepada semua RNS yang hadir.

Pautan Facebook