Tarikh: 10 Jun 2015

Tempat: Wisma Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jalan Timur

Satu perjumpaan di antara wakil PERNISMA dengan En. Safwan bin Atan, Pengurus Besar (Jabatan Perolehan & Pengurusan Vendor), Bahagian Pembahagian, TNB telah diadakan pada 10 Jun 2015 (Rabu) di Wisma TNB, Jalan Timur. Di antara isu yang dibincangkan di dalam perjumpaan ini adalah mengenai pelan migrasi Versi 3 (V3) yang akan diberi penjelasan kepada Rakan Niaga Strategik (RNS) di seluruh Semenanjung Malaysia melalui road show ke setiap negeri yang akan dianjurkan oleh TNB kelak. Wakil PERNISMA yang menghadiri sesi perbincangan ini adalah Presiden PERNISMA, Hj. Mohd Daud bin Mohd Sharif dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa (AJK) PERNISMA daripada pelbagai negeri iaitu Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya & Cyberjaya dan Perak.

 

 

 

Pautan Facebook