Tarikh: 14 Mei 2015 (Khamis)

Tempat: Taman Perindustrian Puchong, Puchong, Selangor

 

Satu lawatan ke tapak kerja-kerja merentang kabel bawah tanah telah dilakukan oleh En. Sazali Yusof, Pengurus Sistem Jadual Harga Tetap (SJHT), Bahagian Perolehan dan Pengurusan Vendor, TNB pada 14 Mei 2015 (Khamis). Hj. Mohd. Daud bin Mohd. Sharif, selaku Presiden PERNISMA turut mengiringi En. Sazali semasa sesi lawatan tapak diadakan. Turut serta adalah beberapa orang wakil daripada Rakan Niaga Strategik (RNS) yang melakukan kerja-kerja mrentang kabel bawah tanah di Negeri Selangor iaitu En. Rosli bin Kasim (Awanabiru Enterprise Sdn Bhd), En. Zahari bin Ghazali (Bekalan Elektrik Ibukota (M) Sdn Bhd) dan En. Mohd Durani bin Mohd Daud (ARS Tenaga (M) Sdn Bhd). Lawatan tapak diadakan untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai cara-cara pengiraan cadangan SJHT yang dilakukan oleh PERNISMA berdasarkan kos-kos yang ditanggung oleh kontraktor semasa melakukan kerja-kerja di tapak.

 

 

Pautan Facebook