Tarikh: 29 Mei 2015 (Jumaat)

Tempat: Tenaga Nasional Berhad, Bangi

Satu perjumpaan di antara wakil PERNISMA dengan wakil TNB daripada Jabatan Perolehan dan Pengurusan Vendor telah diadakan pada 29 Mei 2015 (Jumaat) di Tenaga Nasional Berhad, Bangi untuk mengadakan pra-perbincangan mengenai Sistem Jadual Harga Tetap (SJHT) yang baru. Wakil PERNISMA yang hadir adalah Presiden PERNISMA sendiri iaitu Hj. Mohd Daud bin Mohd Sharif diiringi oleh beberapa AJK iaitu En. Mohd Sobri bin Salimon, En. Hamidi bin Mohamed, En. Ismail bin Mohamed Isa, En. Mohd Durani bin Mohd Daud, En. Zahari bin Ghazali dan En. Rosli bin Kasim.

 

Pautan Facebook